Selamat Hari Guru

Wahai guruku mulianya hatimu
mengajar mendidikku selalu
tanpa kenal letih dan jemu
moga Tuhan meredoimu

Ya Allah peliharalah guruku
agar terus berada dalam rahmatMu
agar terhindar dari tipuan dunia
yang senantiasa menipu manusia

Ampunkanlah wahai guruku
kesilapan anak muridmu
kuserahkan jiwa ragaku
agar terdidik nafsu liarku

Dengan izin Allah ya Rabbi
engkaulah guru sejati
engkau pendidik yang berhati murni
moga Tuhan senantiasa merahmati

Status Pembinaan Kabin cITaKUlab

Pembinaan Kabin cITaKUlab sudah siap sepenuhnya, hanya menunggu pemasangan meter elektrik dan telefon.

Sejarah SK Chepor

Menurut catatan sejarah, bangunan Sekolah Kebangsaan Chepor mula didirikan di Kampung Bukit Chepor pada tahun 1900. Ianya didirikan hasil kerjasama penduduk kampung tanpa bantuan kerajaan.

Nama Chepor di ambil sempena nama pokok renek yang tumbuh sekitar kampung ini. Pokok ini di kenali sebagai Pokok Chepor. Tenaga pengajar yang pertama sekali bertugas di sekolah ini seorang sahaja iaitu Tuan Haji Senu bin Kadir. Jumlah murid pula kira-kira 40 oarang sahaja yang terdiri daripada murid lelaki dan tidak ditetapkan had umur mereka.

Pada tahun 1901 bangunan sekolah asal dirobohkan dan dipindahkan ke tapak baru iaitu tapak bangunan sekolah Agama Rakyat yang ada sekarang. Beberapa bulan kemudian, sebuah sekolah untuk kanak-kanak perempuan didirikan, di Kampung Tengah Chepor, kemudian dipindahkan ke tapak rumah guru lama yang ada sekarang. Bilangan murid seramai 40 orang dan guru pertamanya ialah Puan Fatimah bt. Pandik.

Matapelajaran yang diajar di awal penubuhan sekolah lelaki dan perempuan ialah Ilmu Alam, Tulisan Rumi, Tulisan Jawi, Kira-kira dan Karangan. Matapelajaran yang di titik beratkan ketika itu ialah pelajaran Keagamaan. Alatan belajar yang utama ketika itu papan batu.

Pada akhir tahun 1943 dan awal tahun 1944 penduduk Kampung Chepor mengalami peristiwa pahit di mana pengganas Komunis (PKM) telah bertindak ganas dengan membakar lebih kurang 50 buah rumah penduduk kampung, termasuk juga kedua-dua bangunan sekolah. Ekoran peristiwa pahit itu kanak-kanak Kampung Chepor tidak bersekolah selama lebih kurang 5 tahun.

Pada tahun 1949, penduduk Kampung Chepor dengan bantuan kerajaan telah membina sebuah bangunan sekolah yang baru dan bangunan tersebut terus digunakan sehingga ke hari ini. Murid lelaki dan perempuan telah mula belajar bersama. Pada pertengahan tahun 1981 sebuah bangunan baru (tambahan) lengkap dengan bilik darjah, stor, pejabat bilik guru dan tandas telah dibina. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak iaitu Allahyarham Dato’ Sri Wan Muhammad bin Hj. Wan Teh, SPCM,PJK,JP.

Pada tahun 1989 sebuah lagi bangunan sekolah, dua unit rumah guru telah dibina. Bangunan ini di lengkapi dengan bilik darjah dan dewan sekolah selaras dengan bilangan murid yang semakin bertambah. Sekolah Kebangsaan Chepor mendapat bekalan air secara percuma daripada Sungai Chepor (Projek Air Masyarakat – Sistem Graviti ) yang dibekalkan melalui usaha sama masyarakat kampung. Pada akhir tahun 1994 Sekolah Kebangsaan Chepor talah menikmati bekalan elektrik sepenuhnya.

Prasana Sekolah Kebangsaan Chepor berubah sekali pada akhir tahun 2001 melalui Projek Pengubah-suai. Kesemua bangunan sekolah dan pejabat dicat baru. Blok A khasnya pejabat telah dipasang ‘tail’ dan dibuat pertition yang baru. Blok B (dewan sekolah) dipasang ‘roller shuttle’. Tingkap Blok D ditukar dengan tingkap cermin. Atap bangunan sekolah dan pejabat telah ditukar dan diganti dengan yang baru (berwarna biru) kecuali bangunan Blok C (Bangunan Pusat Sumber Lama). Dalam proses pengubah-suaian bangunan ini juga telah dibina dataran kejat dibahagian hadapan sekolah. Kedudukan taman burung juga telah dipindahkan berhampiran dengan Pusat Sumber Lama. Projek pengubah-suai ini siap sepenuhnya sehingga bulan Januari 2002.

Pada bulan April 2002, Sekolah Kebangsaan Chepor mendapat bangunan baru 4 tingkat. Projek ini di bawah pihak JKR telah menyerahkan kepada JPN pada 30 Disember 2003. Bangunan baru ini digunakan sepenuhnya oleh pihak sekolah pada bulan Februari 2004.